Kisah seorang warga emas yang menjual cili padi demi sesuap nasi viral di media sosial, sejak semalam.
Menerusi perkongsian di Facebook Viral Media Johor, pakcik itu menjadikan kawasan parkir berhampiran stesen minyak Parit Sulong sebagai tempatnya mencari rezeki.
Seorang lelaki yang enggan dikenali meluahkan rasa sebak melihat keadaan pakcik itu yang terpaksa terpaksa berdiri sambil menahan panas terik mentari ketika mencari pelanggan yang sudi membeli hasil jualannya.
“Kesian tengok pakcik ni. waktu gerimis pun diatetap berdiri sambil memegang jualan cilinya.
“Mana-mana yang lalu di kawasan itu, support la pakcik tu dengan membeli cili yang dijualnya,” ujarnya.
Katanya lagi, pakcik itu turut menggantung kadbod pada lehernya agar mudah dilihat orang ramai yang lalu di kawasan tersebut.
Lelaki itu juga membeli sebungkus cili padi yang dijual dengan berharga RM4 tetapi memberi wang RM10 tanpa mengambil bakinya semula dengan niat sedekah.
Sementara itu, netizen turut mendoakan agar urusan pakcik itu dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.
sumber : kulihatlangitbiru