Belum Habis Pantang, Aeril Zafrel Minta Tambah Anak Lagi

Posted on

Baru saja menyambut cahaya mata ketiga pada 1 Disember lalu, Aeril Zafrel meluahkan hasratnya mahu menambah lagi anak untuk mencukupkan empat. Wawa Zainal berkata suaminya menginginkan anak lelaki pula.

Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa turut berkongsikan pengalamannya yang tidak dapat melupakan rasa sakitnya ketika melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Ayyasoffya.

“Tak sangka dah ada tiga orang anak. Aeril Zafrel minta dia nak tambah satu lagi anak lelaki.

“Tapi ingatkan kesakitan nak beranak tu ya Allah kali ni beranak paling tak boleh lupa. Sakit dia betul-betul hujung nyawa rasa tapi bila si kecil ni keluar lega dia tu subhanallah,” tulisnya.

Aeril dan Wawa berkahwin pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya. Wawa baru sahaja memasuki hari ke 16 berpantang selepas melahirkan Ayya pada 1 Disember yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.