Misteri Restoran Sate Ghaib Lebuhraya Pasir Mas-Salor Berhampiran Kubur Ujit | Kubur Ujit – Di sinilah wujudnya Restoran Sate Enak milik makhluk halus di laluan Lebuh raya Pasir Mas-Salor
Misteri laluan Lebuh raya Pasir Mas-Salor pernah terjadi kereta berlanggar turut terbakar teruk berhampiran kawasan tanah perkuburan itu. Kemudiannya, berlaku pula kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan Perodua Kancil, Proton Waja dan Pajero.
Kejadian nahas tersebut terjadi hampir Maghrib di mana Perodua Kancil yang dipandu di belakang Proton Waja dari arah Kota Bharu tiba-tiba bertembung dengan sebuah Pajero yang datang dari arah Pasir Mas. Puncanya ialah kerana mengelak dari terlanggar susuk lembaga yang tidak dikenali yang tiba-tiba muncul dari arah tanah perkuburan itu dan melintasi jalan raya di kawasan terbabit.
Walaupun kejadian itu agak ngeri di mana kereta Perodua Kancil didapati terbalik kerana berlanggar antara satu sama lain dan pemandunya tercampak keluar dari kenderaan, tidak ada kejadian maut dilaporkan.
Kandungan
Misteri Restoran Sate Ghaib Lebuhraya Pasir Mas-Salor Berhampiran Kubur Ujit
Tetapi menurut Pak Lah kejadian tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja. Kejadian terbaru ‘Misteri Restoran Sate’ yang berlaku pada bulan Jun 2005 telah sedia maklum bagi penduduk-penduduk di kawasan sekitarnya apatah lagi bagi orang ramai yang melalui lebuh raya itu terpaksa menggunakan laluan umum kenderaan terutamanya dari Pasir Mas ke Kota Bharu di kawasan tanah perkuburan itu juga.
Pengalaman misteri yang dialami oleh salah seorang pemuda dari Pasir Mas yang turut menghebahkan cerita ini masih lagi diingatinya kerana beliau adalah orang yang keempat sebagai mangsanya. Menurutnya, pemuda tersebut memandu kenderaannya dari arah Pasir Mas bertujuan untuk ke Kota Bharu kerana menyelesaikan urusannya di sana.
Ketika kejadian itu menunjukkan jam 2.00 pagi. Akibat desakan perutnya yang terlalu lapar beliau singgah sebentar untuk menjamu selera kerana menyangkakan sudah pun wujud restoran di kawasan itu, apatah lagi melihatkan ramai orang yang turut menjamah hidangan dan membeli makanan kegemaran masing-masing.
Pemuda tersebut sempat menjamah hidangan sepinggan mi berkuah menurut makanan kegemarannya. Selesai menjamu selera, beliau turut menempah sate enak supaya dibungkus di mana beliau bercadang untuk mengambilnya sewaktu pulang dari Kota Bharu nanti, lantas menghulurkan wang sebanyak RM17 kepada juruwang di restoran berkenaan.
Apabila segala urusan pemuda tersebut selesai di Kota Bharu, beliau pun bergegas pulang dan tempat pertama sewaktu pulang ke Pasir Mas ialah untuk singgah di restoran itu bagi mendapatkan sate enak yang telah ditempahnya. Alangkah terkejutnya, apabila beliau mendapati restoran itu tidak lagi wujud di situ.
Agak hairan dengan kejadian itu, beliau berjalan mundar-mandir memerhatikan keadaan sekeliling tetapi apa yang dapat diperhatikannya ialah tempat tersebut merupakan sebuah tanah perkuburan. Manakala wang tunai berjumlah RM17 yang telah dibayarnya semasa tempahan itu dibuat dapat dilihatnya di atas sebuah batu nisan di tanah perkuburan itu.
Setelah pemuda tersebut sampai di rumah dan merasa agak ganjil dengan apa yang dimakannya, beliau lalu memuntahkan isi perutnya maka keluarlah cacing yang menjijikkan dengan banyaknya.
“Pelayan restoran itu lima gadis semuanya, cantik-cantik pulak tu. Bagi pakcik benda lain tidak, tentulah hantu pari.
“Pakcik percaya, punca kejadian misteri itu akibat projek lebuh raya yang dianggap menceroboh tanah kubur yang ada di situ. Keadaan ini mungkin sebagai penyebab makhluk halus yang mendiami kawasan itu geram kerana ketenangan hidup keluarga terganggu
Caltex Salor tutup dek kerana gangguan misteri
Justeru, sebagai manusia yang berakal dan berfikiran waras sepatutnya kita sentiasa berhati-hati dengan sesuatu tempat yang belum pernah diteroka atau dilalui walaupun kawasan yang kita lihat itu agak terbuka.
Ini kerana, ita perlu menyedari kelemahan manusia adalah tidak dapat melihat dan membezakan makhluk yang wujud di alam ghaib apatah lagi kawasan yang belum pernah diusik merupakan tempat permainan dan perkampungan makhluk halus yang pasti akan menyakat sesiapa sahaja dan tentunya individu yang lalai akan menjadi mangsanya.