Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut Gunakan 2 Bahan Ni Je

Posted on

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut Gunakan 2 Bahan Ni Je | Sama ada kamu gemarkan kasut Stan Smith, Vans atau Air Force 1s, tidak dinafikan kasut sneakers putih menjadi trend paling hot tahun ini. What’s not to like? Bukan saja ia item paling mudah untuk disuai padan, malah ia selesa untuk dipakai dari siang ke malam!

Pasti anda resah apabila kasut anda kotor, lagi-lagi kasut yang berwarna putih, memang ketara kotorannya. Jangan risau, kerana kini terdapat cara menghilang kotoran degil pada kasut semudah ABC.

Cara Hilangkan Kotoran Degil

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Mahathir telah berkongsi cara dia berjaya menghilangkan kotoran degil pada kasutnya dengan menggunakan 2 bahan yang boleh didapati dari dapur sahaja.

Putihkan Kembali Kasut Putih Dari Kotoran Degil

Baca perkongsian bagaimana cara kembalikan kasut anda putih seperti baharu oleh Mahathir dibawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Cuka buatan
2. Baking powder

Langkah-langkah:
1. Campurkan 2 sudu baking powder dan sesudu cuka.
2. Kemudian, letakkan campuran tersebut pada bahagian yang ingin dibersihkan.
3. Berus pada bahagian yang kotor dengan menggunakan berus gigi
4. Sental sampai bersih dan hilang kotoran
5. Lap menggunakan tisu dan jangan cuci menggunakan air.

Mudahkan cara hilangkan kotoran degil ini dan bahan yang digunakan sangat mudah untuk didapati. Diharap perkongsian ini dapat dimanfaatkan anda dan anda tidak perlu risau lagi jika kasut anda kotoran degil kelak.

Koleksi Vans Edisi Khas Pa’din Musa Terjual Dengan Harga RM4,902

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.