” MaIu apooo kalau itu sedapp bila dah masuk mulut, kenyangkan orang. Takde maknanya nak maIu menjual bagi org kenyang, betul tak abg lan? Semoga abg dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan abg Aamiin”
Itu komen peminat setia yang menyokong usaha Lan SoIo menjalankan perniagaan kedai runcit dan memintanya supaya tidak mengendahkan komen jeIik segelintir individu.
Penyanyi Lan SoIo yang tidak mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya sebaik sahaja berita mengenai perniagaannya mula disiarkan di media.
Lan ketika dihubungi berkata, apa yang penting perniagaan menjual barangan dari Sabah dan Sarawak yang diusahakan bersama isteri, Nur Sheila Hassim adalah rezeki yang halal.
” Saya abaikan sahaja cakap-cakap orang, apatah lagi yang negatif. Lagi pun saya mencari rezeki yang halal”
” Buat apa nak maIu? MaIu adalah satu perkara yang merugikan sebab rezeki kan perlu dikongsi.
” Lagi pula niat kami buka SoIo Borneo Mart adalah untuk membantu orang-orang dari Sabah dan Sarawak yang menetap di sini untuk mendapatkan makanan tempatan mereka,” katanya.
Tambah Lan lagi, dia bersyukur kerana kedai runcit mereka yang terletak di Puchong Prima itu kini menerima sambutan luar biasa.
” Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan walaupun SoIo Borneo Mart masih baby. Bermula dengan hanya lima kuantiti setiap barangan, sekarang dah bawa masuk kuantiti yang besar sebab sambutan luar biasa.
” Kami sedang berusaha untuk mengembangkan lagi bisnes ini dan sedang dalam perancangan untuk membesarkan lagi SoIo Borneo Mart dan mempelbagaikan lagi barangan dari Sabah, Sarawak dan Brunei selepas ini, Insya-Allah,” katanya.
Antara yang dijual di SoIo Borneo Mart ialah ikan terubuk masin, mi kolok kering, pes laksa Sarawak, buah bambangan, tuhau, amplang serta pelbagai snek dan makanan ringan.
Katanya lagi, ramai teman artis berasal dari dua negeri itu, seperti Azharina dan Adira, turut berkunjung ke kedai mereka kerana rindukan makanan kampung halaman masing-masing.
” Terima kasih buat teman-teman dan semua yang telah menyokong saya,” katanya.
Terdahulu Lan SoIo, mendapat inspirasi untuk membuka kedai runcit menjual barangan dari Sabah dan Sarawak apabila sering menerima pesanan mendapatkan makanan popular dua negeri berkenaan.
” Sebelum ini saya kerap menerima undangan menjayakan persembahan di Sabah dan Sarawak, jadi ramai yang sering meminta tolong kami belikan makanan dari sana.
” Dari situ, isteri mendapat idea untuk membuka kedai runcit menjual produk makanan Sabah dan Sarawak.” katanya
Dalam perkembangan lain, Lan terlibat dalam program terbaru terbitan Astro, My Buskers.
Selain Lan SoIo, rancangan 11 episod itu akan turut menampilkan artis seperti Datuk Awie, Ameng, Azharina, Datuk Hattan, Black, Adira, Hujan, Drama Band, Ruffedge dan One Nation Emcees.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : sinarharian