Kita semua sedia maklum tugas seseorang yang bergelar juruterbang. Mereka kebiasaannya hanya didengar sahaja dan jarang dilihat, terutamanya pada pesawat komersil.
Namun kisah ini mungkin yang pertama kali kita dengar apabila seorang juruterbang telah melangkah keluar ke kabin untuk membuat pengumuman yang mengejutkan ramai.
Juruterbang Joey WooIIings sedang dalam tugasan penerbangan Thomas Cook menuju ke Tenerife, tiba-tiba melangkah keluar ke kabin dan membuat pengumuman di hadapan 200 penumpang. Mereka semua terkejut kerana diberitahu juruterbang sendiri akan membuat pengumuman.
Kebiasaannya penumpang pesawat hanya dapat mendengar suara pilot dari interkom, tapi kali ini Joey telah tampil di hadapan penumpang pesawat tersebut.
Melalui interphone, dia muncul ke kabin dan menyampaikan sesuatu yang mengejutkan semua termasuk sesetengah krew penerbangan sendiri. Disangkaka ada kejadian tidak diingini yang terjadi, namun air muka penumpang mulai berubah sebaik Joey membuat pengumuman itu.
” Alasan kenapa saya berbicara di sini adalah kerana ingin memberitahu kepada anda semua bahawa hari ini yang sangat istimewa bagi saya. Untuk pengetahuan anda semua, hari ini adalah hari pertama saya sebagai juruterbang penerbangan pesawat komersial. Saya bergurau sahaja!
Seakan tidak mahu membuat penumpang tertanya-tanya, Joey kemudian meneruskan kata-katanya.
” Sebenarnya adalah, tepat pada tarikh hari ini tahun ketiga saya memiliki lesen juruterbang. Tetapi baru hari ini saya berpeluang menerbangkan kedua ibu bapa saya dan mengajak mereka bercuti.
” Mereka duduk di baris kerusi 17 dan seperti yang anda semua boleh melihat raut wajah ibu saya yang lucu itu, dia memang tidak tahu saya yang akan menerbangkan pesawat ini.
” Jadi tidak ada cara yang lebih baik selain dari mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya. Saya tidak mahu memalukan mereka didepan 200 orang ini (sambil ketawa).
” Saya ingin anda berikan tepukan kepada mereka. Kerana jika mereka berdua tidak bertemu, saya tidak akan ada di sini,” ujar Joey lagi dengan nada sedikit sebak.
Joey dilihat begitu beremosi ketika menyebut nama kedua ibu bapanya dan memberitahu bagaimana ini akan menjadi pengalaman pertama dia menerbangkan ibu bapanya itu.
Setelah mengakhiri ucapannya, juruterbang muda itu kemudian terus berjalan meluru kearah kedua orang tuanya dan memeluk mereka dengan rasa bangga.
Dalam masa yang sama secara tiba-tiba mendapat sambutan dari penumpang lain yang tersenyum. Sejumlah penumpang juga telah merakam kejadian mengharukan itu dan berkongsi video tersebut ke Twitter.
Ayuh kita berazam sempena tahun baru, kita lakukan sesuatu perkara yang mampu membuat ibu bapa menangis kerana bangga!
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : kitaviral