Pasti ramai masih ingat lagi dengan kemunculan api misteri yang berlaku terhadap sebuah keluarga namun sehingga kini penyebab munculnya api itu masih tidak diketahui lagi.
Lebih memilukan, akibat gangguan tersebut pada September 2017 rumah mereka terbakar 100 peratus menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.
Bagaimanapun dilema sebuah keluarga sejak tujuh tahun lalu berulang kembali selepas dua tahun tidak diganggu apabila tiba-tiba api menyala membakar kawasan rumah sejak dua hari lalu.
Memetik laporan Harian Metro, api itu muncul dengan kebakaran motosikal di bawah rumah pada Ahad lalu, keluarga ini sekali lagi mendapat gangguan misteri.
Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 21, berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku, sebalik turut menjadi dilema keluarganya.
“Selepas lebih dua tahun tidak diganggu kejadian misteri ini, kami sekali lagi terpaksa melaluinya, bermula dengan kebakaran motosikal di bawah rumah pada 8.45 malam, Ahad lalu.
“Saya sudah buntu apatah lagi, ada penduduk kampung yang memulaukan kami sekeluarga kerana terdapat pengamal perubatan tradisional yang ambil kesempatan dan buat andaian mengarut.
Menurutnya lagi, mereka pernah ditempatkan di rumah kebajikan selepas kediaman musnah dalam insiden pertama, namun lokasi itu juga turut diganggu api.
Ujarnya lagi, sepanjang dua malam ini rumah mereka dijaga oleh pihak bomba yang sentiasa bersedia kerana bimbang api muncul akan memusnahkan lagi kediaman keluarganya.