Bayi Lahir Bermula 1 Januari 2020 Dapat Suntikan Percuma Pneumokokal

Posted on

Bayi Lahir Bermula 1 Januari 2020 Dapat Suntikan Percuma Pneumokokal | Penyakit Pneumokokal adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae, juga dikenali sebagai pneumokokus. Sekalipun ia menjangkiti semua golongan umur, tetapi ia lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua.

Mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa terutama sekali ibu bapa yang baru pertama kali mempunyai anak, bahawa mengambil suntikan pneumococcal ini adalah sangat penting untuk mengelakkan jenis-jenis penyakit yang boleh menyerang anak-anak seperti jangkitan paru-paru.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan komited untuk memulakan suntikan pneumococcal kepada semua kanak-kanak bermula Jun 2020 melalui peruntukan RM60 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

SUNTIKAN VAKSIN PNEUMOKOKAL BERMULA JUN 2020

BACA :  Petua Cara Paling Berkesan Merawat Masalah Selsema Pada Bayi

Kementerian Kesihatan akan melaksanakan program suntikan vaksin pneumokokal secara percuma khusus kepada bayi seawal Jun ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata setakat ini mereka yang layak diberikan suntikan percuma adalah bayi yang lahir bermula 1 Januari 2020.

Memetik laporan Berita Harian, Kementeria Kesihatan masih dalam proses perolehan ubat (vaksin) berkenaan supaya selepas itu ia boleh diedarkan kepada semua klinik dan hospital. Mereka juga menjangkakan pelaksanaan program suntikan itu akan bermula sekurang-kurang pada Jun ini.

DIBERIKAN KEPADA BAYI YANG MULA LAHIR 1 JANUARI 2020

Dr Boon Chye berkata, suntikan percuma itu bagaimanapun tidak dapat diberikan kepada bayi yang lahir sebelum 1 Januari tahun ini kerana peruntukan bagi golongan itu tidak termasuk dalam Belanjawan 2020.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan akan merangka strategi pelaksanaan bagi memastikan peruntukan RM60 juta untuk vaksin pneumokokal yang diumumkan pada Belanjawan 2020, baru-baru ini, dapat digunakan secara baik. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata pihaknya komited untuk melaksanakan program terbabit seawal yang mungkin pada tahun depan kerana ia sudah lama tertangguh kerana ketiadaan dana.

Bagaimanapun Dr Dzulkefly menegaskan kementerian perlu melihat jumlah yang diberi sebelum menilai keupayaan apa yang boleh diperoleh dari sumber kewangan terbabit.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.