Viral di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan roti dan sosej berisi benda-benda tajam seperti paku dan jarum ditemui ditabur di beberapa kawasan perumahan dan tempat letak kereta.
Menurut Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab bertujuan untuk menganiaya haiwan jalanan seperti kucing dan anjing.
Perbuatan itu dipercayai sengaja dilakukan untuk menyakiti yang haiwan-haiwan yang sedang kelaparan mencari makanan.
Ia bukan sahaja memudaratkan anjing atau kucing jalanan sekiranya dimakan, malah boleh mengundang masalah lain khususnya kepada pengguna jalan raya.
Ini kerana, sekiranya apa jua jenis kenderaan melanggar makanan ini, ianya pasti akan menimbulkan masalah seperti tayar pancit dan sebagainya.
Oleh yang demikian, orang ramai yang menjumpai makanan-makanan bertaburan di kawasan rumah anda dinasihatkan supaya memeriksa dan membuangnya sekiranya mengandungi paku bagi melindungi haiwan jalanan yang tidak berdosa ini serta pengguna jalan raya.