Dua kisah yang dikongsikan oleh Abam Botak (individu yang membuat kerja kebajikan van jnzah percuma) sangat meruntun jiwa. Semoga kisah yang benar-benar terjadi ini menjadi pedoman buat kita semua.
KISAH 1 – AYAH TETAP PULANG NAK
Semalam menerima perkhabaran seorang lagi anak syurga berumur 3 tahun pergi meninggalkan kita. Kali ini jnzah anak kecil dari Kg. Letat ke tanah perkubvran jalan aman.
Waris ada bertanya kepada saya tentang bayaran, saya kata kami tidak kenakan sebarang bayaran encik Kalau ada orang minta bayaran kepada waris tolong bagi tahu saya. Sekarang ni, ada juga individu yang mengambil kesempatan.
Semasa dikubvran saya sempat bercerita dengan si bapa, rupanya si bapa kerja di estet. Bila dapat tahu anaknya mninggaI dnia, segera dia balik dengan menumpang kenderaan orang lain.
Ketika itu duit 1 sen pun tiada dalam dompetnya. Duit tambang balik ke estet pun tidak ada lagi. Tapi oleh kerana sayangkan anak, digagahkan juga diri kembali biarlah menebalkan muka menumpang orang lain.
Kalau duit tambang pun tidak ada. Sudah tentulah urusan pengebumiian jasad anaknya juga tidak ada kan?
Tapi nasib baiklah urusan pengebumiian anaknya ada saudara mara dan jiran-jiran sebelah yang membantu. Beginilah yang saya harapkan kepada semua. Kita bantu dan permudahkan urusan mereka yang memerlukan.
Alhamdulillah petang ini kita telah selesai menyempurnakan urusan pengebumiian jnzah anaknya.
KISAH 2 – DI MANA SUAMIKU
Bukan saya menafikan rezeki yang Allah berikan. Namun kita juga diminta untuk merancang keperluan keluarga. Benar segala-galanya bukan kerana duit, namun pada hari ini segala-galanya perlukan duit.
Susu anak perlukan duit, lampin anak perlukan duit. Makan pakai anak perlukan duit, sekolah anak pun perlukan duit. Jadi rancanglah ekonomi keluarga mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Semalam kami ke Telupid, hantar seorang baby, anak syurga yang mninggaI dalam kandungan ibunya kerana melebihi hari dia sepatutnya dilahirkan.
Aku hubungi waris wanita tersebut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai menantu kepada wanita yang baru melahirkan itu. Menurut menantunya. si ibu mempunyai 12 orang anak yang hidup dan yang ke-13 itulah yang mninggaI dalam kandungan.
Aku bertanya dimana suaminya?
Dukacitanya pulak, si suami gagal ditemui sejak beberapa bulan yang lalu. Maknanya masa dia mengandung bayi tersebut, suaminya sudah tidak pulang rumah.
Ada yang cakap mninggaI dnia tapi tidak diketahui dimana jasadnya.
Tambah rumit wanita itu bukan pekerja di estet tempat mereka tinggal sekarang. Dia hanya mengikuti suaminya saja.
Aduh rumit ni, memang rumit. Mesti sangkut lagi ni pasal bayaran. Mana majikan boleh jamin jika bukan pekerja di tempat mereka, tambah lagi suaminya kini hilang entah ke mana.
Jadi kepada mereka diluar sana, tolonglah. Atur dan urus baik-baik hal ehwal keluarga anda.
Jika kita tidak mampu jangan kita susahkan orang lain. Susahkan isteri dan anak-anak.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : FB ABAM BOTAK