Dah anggap macam adik, wanita kesal usahawan OKU rampas suami sendiri

Posted on

Harapkan pegar, pegar yang makan padi. Itulah pepatah yang paling sesuai diberikan kepada gadis yang sanggup mengkhianati persabahatan dengan menikahi suami sahabatnya secara diam-diam.

Kisah itu dikongsi seorang wanita bernama Hanna menerusi satu posting yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya.

Rakannya itu yang dikenali sebagai Yaya, merupakan usahawan kuih bulan OKU dan pernah viral sebelum ini dengan kisah dirinya yang lumpuh tapi sudah mampu berdiri semula ketika menunaikan umrah di Tanah Suci.

Menurut Hanna, persahabatannya dengan Yaya terbina ketika sering bertemu di kelas marketing sebelum akhirnya berkawan rapat.

Tak pernah terfikir rakan dan suami akan bermain cinta

Namun sepanjang persahabatan mereka juga tidak pernah timbul sedikit pun curiga terhadap gadis tersebut serta suaminya.

Malah Hanna juga sudah menganggap Yaya sebagai adiknya sendiri dan menyayanginya seikhlas hati.

Namun siapa sangka Yaya dan suaminya tergamak bermain cinta di belakangnya. Lebih menyedihkan apabila kejadian itu berlaku ketika Hanna sedang mengandungkan anak ketiga.

Bernikah senyap-senyap di Thailand

Menurut Hanna, kedua-duanya dikatakan berkahwin senyap-senyap di sempadan Thailand.

Hanna yang kecewa dengan tindakan suaminya itu akhirya mengambil keputusan untuk bercerai.

Pedih hatinya apabila rumah tangga yang dibina selama hampir 11 tahun berakhir angkara rakan baik sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.