Isteri Berlinang Air Mata, Air Hidung Dengar Ceramah Da’i Farhan

Posted on

Meskipun kontroversi rumah tangga Da’i Farhan masih lagi diperkatakan netizen, namun pendakwah muda itu bersama isteri, Dr Erin tetap tenang meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Dalam perkongsian terbaru Dr Erin di Instagram, dia meluahkan rasa syukur dengan kehadiran suami dalam hidupnya. Malah, Dr Erin berkata dia pasti akan menangis setiap kali mendengar ceramah agama dari suaminya.

Dr Erin turut berterima kasih kepada suami kerana sentiasa memberikan ilmu agama berguna kepadanya.

Turut memberikan mutiara kata yang mendalam, Dr Erin berkata apabila seseorang itu menuntut ilmu dunia membuatkan kita jadi riak tetapi menuntut ilmu akhirat buat kita rasa sangat hina dan akan lebih mensyukuri dengan nikmat yang diberikan.

Beruntung berkahwin dengan ustaz, jika ada apa-apa keraguan boleh terus bertanya? Semoga rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.