Tidur secukupnya sangat penting dan masa untuk seseorang itu tidur adalah di antara 7 hingga 8 jam bergantung pada individu tersebut. Dalam pada itu ramai yang tidak tahu power nap pada waktu siang sangat penting.
Power nap adalah tidur sebentar pada waktu siang untuk mengembalikan tenaga. Waktu terbaik untuk power nap adalah waktu tengahari. Power nap banyak diamalkan di Jepun kerana pekerja yang tidur sekejap dianggap seorang yang berdedikasi.
Bagi mengelakkan pelajar mengantuk dalam kelas, Sekolah Menengah Kebangsaan Julau No.2 di Sarawak ini mewajibkan para pelajarnya untuk tidur sebentar selama sepuluh minit bagi merehatkan tubuh badan sebelum memulakan pelajaran seterusnya.
Seperti yang dikongsikan di Facebook sekolah terbabit, jam 11.25 pagi sehingga pukul 11.35 pagi adalah waktu yang diwajibkan oleh pihak sekolah untuk pelajarnya tidur.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang menyokong tindakan sekolah itu kerana ianya juga merupakan amalan Nabi Muhammad. Dalam pada itu, ramai yang bersetuju pelajar perlu diberikan rehat sebentar kerana pada waktu tersebut.
Malah, ramai yang berharap ianya dapat dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia kerana pendidikan negara maju seperti Jepun mengamalkan power nap untuk pelajar mereka.