Anak Kecil Jual Tisu di Jalanan. Cikgu Ini Pergi Sndiri ke Rumah Untuk Siasat, Akhirnya Trbongkar Smua Cerita

Posted on

” Hampir setiap hari anak kecil ini pulang dan menangis, lalu terpacul dari mulutnya ‘adik rindu ayah..’ Ayah dan ibunya bercrai dan ayahnya kini di Pahang dan dikatakan sedang s4kit.”

Demikian perkongsian oleh cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook beliau tentang seorang anak perempuan kecil yang menjual tisu dijalanan untuk menyara hidup yang menyentap hati setiap pembaca.

” Sudah acapkali orang lapor pada aku.

” Setiap kali aku cuba buru, tidak berjumpa. Maka aku cari alamat rumah mereka, dan terus pergi ziarah petang tadi.

” Kes mereka agak rumit dan besar. Anak sulung berusia 16 tahun tidak lagi bersekolah selepas ada masalah. Anak yang kedua, usia 14 tahun pun tidak ke sekolah kerana tiada pakaian dan tak mampu membeli buku dan membayar yuran permulaan.

” Ibunya OKU penglihatan. Mampu jadi tukang urut sahaja. Itu pun income yang tidak besar mana. Bantuan JKM dan Baitulmal sebelum ini mereka dapat, namun untuk tahun ini katanya masih dalam proses.

” Maka si anak yang baru usia 9 tahun turun ke jalanan untuk membantu menyara keluarga. Menjual tisu di kaki lima, kemudian bawa pulang wang serah pada ibu dan kakak-kakak sebagai belanja harian.

Menurut cikgu Fadli lagi, terdapat beberapa isu lain melibatkan mereka yang tidak boleh beliau tulis secara terbuka. Isu yang sangat berat, kalut dan mengelirukan hingga beliau sendiri buntu tidak tahu bagaimana hendak selesaikannya.

” Maka aku hubungi otai dalam bidang kebajikan dan pakar dalam hal-hal kanak-kanak, Syed Azmi.

” Beliau di Kelantan, namun sebaik beliau menerima wasap dari aku, terus beliau call aku.

” Lama kami berborak, Syed Azmi ajar aku step by step bagaimana hendak tackle mereka dan selesaikan isu demi isu dengan lembut dan tenang.

” Hari ini, aku pergi ziarah, jumpa mereka dan berbincang dengan cara baik. Kami pergi bukan untuk judge kehidupan mereka, bukan juga untuk menjatuhkan hukuman, jauh sekali nak mengec4m dan menyindir menghiina.

” Aku pergi bawa beberapa option untuk selesaikan masalah mereka. Untuk mereka kembali dijaga.

” Antaranya aku tawarkan bantuan barangan dapur setiap bulan dan sedikit duit poket untuk menggantikan income dari anak 9 tahun yang terpaksa jual tisu untuk menanggung keluarga.

” Aku minta mereka janji tak akan biarkan anak itu menjual tisu lagi. Juga kami akan urus semua belanja anak-anak sekolah, asalkan mereka kembali ke sekolah.

” Urusan penghantaran anak ke sekolah juga kami akan uruskan. Sewa rumah selama 3 bulan pertama ini juga kami akan settlekan sebelum duit Baitulmal dan JKM mereka dapat.

Cikgu Fadli juga menjelaskan dia perlu salurkan bantuan yang agak besar dan tetap kali ini demi memastikan anak perempuan mereka yang berusia 9 tahun itu kembali ke sekolah dan tidak lagi mengemis di jalanan.

” Aku sangat risaukan anak perempuannya yang menjual tisu itu. Dah ada beberapa laporan aku terima, budak perempuan menjual tisu dan akhirnya menjual badan untuk RM5-RM10 kepada pemandu teksi dan Bangla sebelum ini. Aku tak nak peristiwa serupa menimpa anak yang comel ini.

” Penawaran ini perlu untuk menggantikan income yang hilang. Alhamdulillah, mereka bersetuju. Rasa nak sujud syukur tadi.

Tambah cikgu Fadli lagi, beliau akan terus memantau dan menyantuni keluarga ini dari masa ke semasa dan melihat perkembangan mereka malah akan cuba ubah kerosakan yang telah berlaku sebaik mungkin.

” Yang lalu, yang telah lepas biarkan berlalu sahaja. Usah diungkit, usah diingat, usah ditakwil lagi. Masa depan mereka ini perlu kita pastikan biar ada cahaya perubahan.

” Next visit mungkin aku nak ajak Syed Azmi turut serta, InsyaAllah. Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.” akhiri cikgu Fadli.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : FB Mohd Fadli Salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.