Ditipu rakan janjikan kerja di KL, pakcik ini terpaksa jalan kaki balik Kelantan

Posted on

Gara-gara ditipu rakan yang menjanjikannya pekerjaan di ibu kota, seorang lelaki terpaksa pulang ke kampungnya di Kelantan dengan perasaan hampa.

Lebih menyedihkan, lelaki itu terpaksa pulang dengan berjalan kaki berikutan sudah kehabisan wang.

Dia ditemukan seorang pemuda berhampiran plaza tol Bentong dan kemudian menumpangkannya hingga ke pertengahan jalan.

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Hafizi, dia bercadang untuk membelikan tikes bas kepadanya namun ditolak dengan alasan kurang selesa menaiki pengangkutan awam tersebut.

“Dia minta aku turunkannya di kawasan Karak-Temerloh sebab nanti dia nak cuba cari sesiapa yang boleh tumpangkan dia. Kesian dia datang jauh-jauh tapi kena tipu dengan kawan. Aku ada bagi sikit duit dan air minarel. Harapnya pakcik tu selamat sampai ke kempungnya,” ujar Hafizi.


Perkongsian Hafizi mengenai lelaki itu di Twitter mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan selain dapat sampai ke Kelantan dengan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.