Segelintir pasangan pengantin pada masa kini ‘berlumba-lumba’ untuk bernikah dalam majlis yang paling gah kerana menganggap ianya sebagai detik bersejarah yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat mereka.
Malah, ada yang sanggup berhabis wang ringgit menempah beberapa buah kereta mewah berjenama antarabangsa bagi mengiringi mempelai ke lokasi pernikahan.
Namun berbeza pula dengan pasangan merpati dua sejoli ini apabila mengambil keputusan bagi mengadakan majlis serba sederhana tanpa mengeluarkan banyak bajet perbelanjaan.
We shot a wedding last week where the Nikah was very humble and sweet.
The bride rides a Kelisa Biru to the nikah which was only attended by only the bride and grooms immediate family.
Simplicity is elegant. Love is easy pic.twitter.com/B4eV041nGr
— Bingkai Photovisuals (@bingkaiphotos) January 18, 2020
Menerusi laman Twitter, jurugambar rasmi majlis tersebut berkongsi beberapa keping gambar pengantin perempuan yang menaiki Perodua Kelisa ke sebuah masjid sebelum mengadakan upacara pernikahan.
“We shot a wedding last week where the nikah was very humble and sweet. The bride rides a Kelisa Biru to the nikah..
“..which was only attended by only the bride and grooms immediate family. Simplicity is elegant. Love is easy,” kata posting tersebut.
The wedding was literally only attended by 11 people. However, the love was so overwhelming, it felt like the mosque was full.
So wholesome. Will be posting their reception photos tomorrow! Stay tuned. pic.twitter.com/qUNmneYVTC
— Bingkai Photovisuals (@bingkaiphotos) January 18, 2020
Walaupun majlis akad nikah dihadiri lebih kurang 11 orang daripada kedua-dua mempelai, namun perasaan cinta dan kasih sayang membuatkan suasana masjid seperti dipenuhi orang ramai.
Rata-rata warganet mengakui rakaman foto yang dimuat naik kelihatan cantik apatah lagi kereta Kelisa yang dianggap ‘lejen’ sebagai produk keluaran Malaysia.
Sumber: Twitter