[Video] Padang Pasir Yang Panas Di Arab Saudi Kini Dilitupi Salji

Posted on

Pasti ramai tahu sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial foto dan video di kawasan gurun Arab Saudi kini bertukar menjadi satu kawasan sejuk dan dilutupi dengan salji.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana padang pasir yang panas dan kering boleh bertukar menjadi kawasan sejuk. Namun ia bukanlah kali pertama berlaku kerana tahun lalu keadaan seperti ini pernah dilaporkan berlaku.

Menurut laporan, lokasi yang dilitupi salki itu kira-kira 193 kilometer dari Laut Merah, di padang pasir berhampiran Tabuk.


Ahli Meteorologi Kanan AccuWeather, Eric Leister berkata, salji itu terhasil akibat ribut yang beredar dari selatan Eropah. Ribut yang kuat berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean serta menuju ke Timur Tengah minggu lalu, menolak udara sejuk ke benua berkenaan yang menghasilkan salji.



Difahamkan, suhu di kawasan berkenaan kebiasannya mencecah 4C dengan keadaan sedikit kering namun, sepatutnya tiada salji yang turun.

Malah, ribut yang sama juga menyebabkan berlakunya banjir besar dan runtuhan salji di Iran, Pakistan dan Afghanistan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.