Nasi Lemak: Wartawan British akui Nasi Lemak sebenar lebih menyelerakan berbanding dalam pesawat

Posted on

Seorang wartawan British dikecam selepas memuat naik gambar nasi lemak yang dihidang dalam pesawat british airlines dan menyatakan ianya makanan paling teruk pernah dia rasai.

siaran itu mendapat ciapan dari pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia yang mengecam wartawan tersebut kerana tidak tahu kewujudan nasi lemak dan dikatakan tidak pernah merasai makanan yang mempunyai kepelbagaian rasa.

“Kari ayam dihidang bersama telur rebus dan ikan bilis yang berbau dan berlendir. IKAN BILIS. Kebiasaanya saya menyukai makanan yang dihidang dalam pesawat tetapi yang ini hanya 0/10” tulisnya yang turut disertai dengan emoji muntah.

Ramai dalam kalangan warga Malaysia mencadangkan Morley untuk mencuba nasi lemak yang dihidang syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines dan Air Asia.

Namun, beberapa hari selepas menerima kecaman, Morley memuat naik gambar menikmati hidangan nasi lemak yang lengkap bersama rendang ayam sambil berterima kasih kepada warganet yang mencadangkan nasi lemak sebenar kepada beliau.

“Ia benar, sangat menyelerakan! tidak seperti yang saya nikmati ketika menaiki penerbangan British Airlines” katanya.

Wartawan The Telegraph itu turut menyatakan bahawa beliau menikmati nasi lemak tersebut di restoran Zheng di Chelsea, London yang menyajikan makanan Malaysia dan Asia.

Warganet turut memberi respon terhadap hal ini yang telah menaikkan semangat bersatu dalam kalangan rakyat Malaysia malah ada sebilangan menyatakan hanya Nasi Lemak dapat menyatukan rakyat Malaysia dan Indonesia yang juga serumpun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.