‘Saya akan lakukan apa sahaja untuk rakyat kerana itu sumpah saya…’ – TMJ

Posted on

Berikutan penularan wabak coronavirus di negara ini, Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebentar tadi.

Tunku Ismail bertitah, ramai rakyat tampil membuat aduan berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi termasuk mengenai kesihatan kepada baginda sepanjang dua tahun ini.

‘Ramai yang meminta saya untuk bersuara’

BACA : Koronavirus: ‘Korea Utara yang zalim pun sekat, Malaysia nak tunggu ada kematian?’

Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut Tunku Ismail berkata baginda telah dinasihatkan oleh rakyat agar tidak bercampur tangan mengenai urusan politik dan kerajaan selain disuruh berdiam diri.

‘Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor’

Tambah Tunku Ismail, kini sekali lagi rakyat memohon supaya baginda melakukan sesuatu demi keselamatan dan kesejahteraan negeri.

‘Apa yang saja jangka dua tahun lalu terjadi pada hari ini’

‘Saya akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda & keluarga’

Posting berkenaan menerima 16,000 tanda suka dan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengucapkan syukur serta memohon campur tangan kuasa raja demi kebaikan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.