Kad pengenalan diri adalah kad yang mengandungi nama, alamat, nombor kad pengenalan, jantina dan agama serta pelbagai maklumat biometrik lain yang digunakan sebagai kad identiti diri.
Ramai yang tak peduli pun kepentingan IC ni kan?
Dikenali sebagai MyKad, kad pengenalan pintar Malaysia ini adalah wajib untuk semua warganegara bermula umur 12 tahun dan keatas.
Namun begitu, ada diantara kita yang endah tak endah akan kepentingan MyKad ini.
Tahukah anda, jika sesiapa yang gagal menunjukkan kad pengenalannya apabila diminta oleh pihak berkuasa, individu terbabit boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda antara RM3,000 dan RM20,000 atau kedua-duanya sekali, seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN).
Bagi bayi yang lahir bermula 1 Januari 2005, kad pengenalan tanpa gambar berwarna merah jambu diberikan sebagai identiti kanak-kanak terbabit, juga dikenali sebagai MyKid. MyKid adalah gantian kepada sijil kelahiran yang pernah digunakan oleh bayi dan kanak-kanak suatu ketika dahulu.