Cahaya mata pastinya merupakan salah satu impian bagi pasangan yang baru meniti kehidupan berkeluarga dan bagi suami Siti Saleha, Ahmad Lutfi, dia mengimpikan 11 orang cahaya mata. Namun bagaimanapun pasangan ini menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Illahi.
“Saya mahu sebelas orang anak! Satu setiap tahun tetapi sebenarnya soal cahaya mata kami serahkan sepenuhnya kepada rezeki. Jika Allah ingin berikan kami anak awal, Alhamdulillah tetapi kami tidak merancang mengenai itu,” kongisnya kepada mStar Online.
Selain itu, sedia maklum mengahwini seorang pelakon, Lutfi dalam masa yang menyatakan bahawa dia kini semakin memahami perjalanan seni isterinya itu selain tidak menghalang Siti Saleha untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
“Dahulu masa mula-mula memang saya sukar sikit menyesuaikan diri malah saya cepat berasa jengkel apabila dia sering dikerumi peminat untuk bergambar. Tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan mula memahami kerjayanya dan ramai peminat menyayanginya”
“Sehinggakan sekarang saya pula jadi jurugambar untuk mengambil gambar peminat bersama Saleha… hahaha,” jelasnya lagi. Sementata itu, pasangan ini memilih untuk bercuti ke Pulau Mauritius namun ia terpaksa ditangguhkan kerana jadual mereka padat.
Semoga rumahtangga Siti Saleha dan suami bahagia hingga ke Jannah dan dipermudahkan segala urusan.