Wabak Koronavirus yang berasal dari wilayah Wuhan, China telah menyebabkan peningkatan kematian sehingga 565 orang.
Jumlah kes yang dicatatkan ialah sebanyak 28,276 dan 3,863 daripadanya berada dalam keadaan yang kritikal.
Menerusi kemas kini terbaru sebentar tadi, dilaporkan sebanyak 70 kematian terbaru yang disebabkan oleh wabak koronavirus ini.
BREAKING: 70 new coronavirus deaths
— The Spectator Index (@spectatorindex) February 5, 2020
Pun begitu, di sebalik peningkatan jumlah kematian dan kes koronavirus, kira-kira 1,170 penghidap telah sembuh daripada wabak ini.
Ekoran penambahan kes dan jumlah kematian ini, pihak berkuasa Wuhan telah memberi amaran mengenai kekurangan peralatan dan bahan yang mencukupi untuk penghidap virus ini.
Mereka juga dikatakan bercadang untuk menggunakan hotel dan sekolah sebagai pusat rawatan bagi memastikan semua pesakit diberikan rawatan yang diperlukan.
Sumber: The Guardian / worldmeters