Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat dan rakan-rakannya yang dikecam teruk susulan tindakannya berpakaian wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah.
Pulang daripada menunaikan umrah, rakan dan juga pembantu peribadi kepada Sajat yang dikenali sebagai Mokkay memuat naik status meluahkan rasa bangga menjadi tetamu Allah dan mengambil peluang tersebut meskipun dirinya belum sempurna.
Malah, dia turut bersyukur segala urusan sepanjang berada bersana dipermudahkan serta mendoakan agar orang lain turut mendapat peluang yang sama sepertinya.
Seperti sudah dijangka, perkongsian tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam tindakan mereka yang berpakaian wanita sepanjang berada di Tanah Suci. Malah, ada yang memaki hamunnya dengan mengatakan umrah mereka tidak sah kerana lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit.
Mungkin berang dengan kata-kata makian netizen, Mokkah membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa mereka sudah pun membayar dam dan telah diberi kaunseling di sana.
Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut daripada pihak Sajat mahupun pembantu peribadinya berhubung perkara itu.
Seperti diketahui, Sajat dikhabarkan sudah pun pulang ke tanah air sehari lebih awal dan tiba di Malaysia kira-kira jam 5 pagi Khamis lalu. Setakat ini tiada perkongsian terbaru Sajat di Instagram dan ruangan komen masih lagi ditutup.
SUMBER: CARI FORUM