(Video) Budak Cedera Teruk Dimuka, Didakwa Tercampak Dari Kereta Dilanggar 2 Myvi Sedang Berlumba

Posted on

Seperti mana yang kita tahu, kemalangan yang berlaku bukan kerana jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik malah sikap pemanduan yang memandu sambil lewa menyebabkan membahayakan pengguna jalan raya lain berhadapan dengan risiko kemalangan.

Banyak kes sudah berlaku, walaupun telah banyak aduan yang dibuat namun masih lagi tiada inisiatif tidakpun kesedaran tentang pemanduan jalan raya sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemah yang sering mementingkan diri sendiri ketika berada di jalan raya.

Semalam, menerusi laman Facebook, Paidiah Ramu telah memuat naik status mendakwa dua buah kenderaan dipercayai Myvi berlumba di atas jalan raya yang melanggar kenderaan adiknya di Pedas, Linggi, Negeri Sembilan.

Akibat kejadian berkenaan katanya, anak kepada adiknya telah tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan dibahagian muka.

Salah seorang pengguna facebook telah bertanya kesahihan dakwaan berkenaan memandangkan tarikh yang dipaparkan pada rakaman dashcam itu menunjukkan kejadian berlaku dua tahun lepas, iaitu 18 Mac 2018, 3.23 pagi dalam sistem 24 jam.

Bagaimanapun menurut Paidaian Ramu, kejadian itu berlaku 10 Februari 2020, 3.20 petang dan tarikh pada dashcam itu berbeza disebabkan pemilik kenderaan itu tidak melakukan tetapan semula.

Katanya lagi, anak adiknya ketika ini sedang dirawat di Hospital Tunku Jaafar di Seremban.

Sumber : Paidiah Ramu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.