Jangkitan Coronavirus yang menular di China, kini telah mengorbankan sebanyak 1,110 orang dengan Hubei yang menjadi pusat muculnya wabak melaporkan 94 kematian baharu.
Menurut The Korea Herald, Suruhanjaya Kesihatan Hubei dalam kemas kini hariannya memaklumkan sebanyak 1,638 lagi kes baharu di wilayah tengah, di mana virus itu mula dikesan pada bulan Disember lalu.
Terdapat lebih 44,200 kes disahkan di seluruh China, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Virus baharu itu dipercayai muncul sejak tahun lalu di pasar yang menjual daging haiwan liar di ibu kota Hubei, Wuhan, yang menjadi pusat penularan virus itu.
Coronavirus yang secara rasmi dinamakan “COVID-19” pada persidangan di Geneva yang diadakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana ketua badan itu berkata negara-negara terlibat mempunyai peluang untuk menghentikan penyebaran virus berkenaan di peringkat global.
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, semalam berkata meskipun 99 peratus kes itu di China, di mana ia masih kekal dalam situasi “sangat cemas” ia juga “mempunyai ancaman yang sangat serius bagi seluruh dunia.”
Beliau menggesa negara supaya berkongsi data untuk terus mengkaji penyakit itu.
Pihak berkuasa China semalam telah memecat dua pegawai kesihatan kanan dari Hubei, di mana berpuluh-puluh juta orang juga diperintah berkurung sejak akhir bulan lalu, dan mengetatkan sekatan di ibukotanya, Wuhan.
Sumber : The Korea Herald