“Aku Sambut Birthday Kat Rumah Kau, Tanpa Kelibat Dan Pelukan Dari Kau Bam,” – Fad Bocey

Posted on

Sukar untuk digambarkan jika kehilangan orang yang tersayang. Tambahan pula orang yang paling dekat dan rapat dengan kita setiap hari. Walaupun ianya perit dan pahit untuk menelannya, kita mesti menerima dengan ahti yang terbuka.

Sama seperti Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie, sukar menerima kehilangan sahabat baik, sahabat ketawa dan sahabat seperjuangan. Arwah Abam Bocey ‘pergi’ sewaktu Fad dan keluarga sedang bercuti di Jepun.

Leibh menghibakan, sambutan hari jadi Fad yang ke-29 tahun diraikan secara kecil-kecilan di kediaman arwah Abam bersama keluarga arwah dan sahabat handai selepas usai kenduri tahlil.

“Kau pergi pon dekat dengan tarikh lahir aku, sumpah aku tak kuat”

Alhamdulillah, bertambah setahun usia ku, tapi ulang tahun kali ni terlalu lain untuk aku bam. Aku sambut kat rumah kau tanpa ada kelibat kau, aku sambut tanpa ada ucapan dan pelukan dari kau.

Aku kecik hati dengan kau, birthday kau aku wish tauu, kau tak wish birthday aku ye, sebab setiap tahun kau tak pernah miss ingat tarikh lahir aku. Kau pergi pon dekat tarikhnye dengan hari lahir aku, sumpah aku tak kuat.

Saya mohon hadiahkan birthday saya, tolong hadiahkan Al-Fatihah dan doa buat sahabat saya Syed Umar Mokhtar atau Abam Bocey.

View this post on Instagram

Alhamdulillah,bertambah setahun usia ku,tp ulang tahun kali ni terlalu lain utk aku bam,aku sambut kat rumah kau tanpa ada kelibat kau,aku sambut tanpa ada ucapan dan pelukan dari kau,aku kecik hati dengan kau,birthday kau aku wish tauu,kau tak wish birthday aku ye,sbb setiap tahun kau tak pernah miss ingt tarikh lahir aku,kau pergi pon dekat tarikhnye dgn hari lahir aku,sumpah aku tak kuat..terima kasih isteri tercinte @syaheeraarahman ,terus kuat di belakang ddy,tegur sy kalau sy down..i love u so much,utk adik beradik aku @acheykintangkintung @aliputeh89 ,aku syg korg,jgn pernah tinggalkan aku ye,utk sahabat2 yg hebat @anne_achey @pojie.pidon @syukkicuk @shakroolniezamshah @norazmihasan @melatifitri_ terima kasih utk kenangan indah ini,terima utk anda semua yg sentiasa mendoakan sy juga,sy doakan yg baik2 juga utk kamu semua,SY MOHON HADIAH BIRTHDAY SY,TOLONG HADIAHKAN AL FATIHAH DAN DOA BUAT SAHABAT SY SYED UMAR MOKHTAR@ABAM🙏🏻🤲🏻😘 #kitabaikramaisayang

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Lebih bertambah sedih apabila, bila Ali Puteh megucapkan sesuatu kepada Fad.

“Aku, Arwah Abam dengan Achey sayang kau tapi sekarang dia dah tak da, dia dah pergi, aku dengan Achey jelah adik beradik yang tinggal. Dia janji dia nak sambut birthday kau, tapi dia takda aku yang buat untuk kau.”

Ikatan persahabatan mereka yang terbina sanhast kuat sehinggakan kita yang yng melihat video ini juga terasa bahang sebaknya. Semoga Allahyarham Abam Bocey ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.