“Penuh Kesan Darah,” Datuk Jumpa Cucu Parah Dipercayai Disambar Petir Ketika Gunakan ‘Handphone’

Posted on

Betapa terkejutnya seorang datuk selepas menemui cucunya yang sedang parah melecur di dalam bilik akibat disambar petir ketika bermain telefon bimbit semasa hujan sejurus dia pulang ke rumahnya daripada masjid.

“Saya nampak rambutnya telah terbakar dan matanya menjadi merah,” kata datuk remaja tersebut.

Difahamkan, mangsa yang berada di dalam bilik rumahnya yang terletak di Yogyakarta, Indonesia.

Ketika hujan sedang lebat, remaja berkenaan dikatakan sedang berada di dalam biliknya sambil bermain dengan telefonnya yang sedang dicas.

Zamari, menunjukkan headset dan handphone milik cucunya yang pecah diduga tersambar petir

Tanpa disangka, petir dipercayai telah menyambar biliknya itu. Ketika kejadian, hanya dia sahaja yang dilaporkan berada di rumah berkenaan.

Semasa lelaki warga tua itu pulang ke rumah daripada masjid selepas selesai solat berjemaah, dia mendapati bahawa rumahnya dalam keadaan gelap dan sepi kerana dipercayai terputus bekalan elektrik.

“Saya panggil cucu saya tapi dia tak jawab,” katanya.

Kerana panggilannya itu tidak disahut, lelaki tersebut terus pergi ke bilik cucunya itu. Dia kemudiannya mendapati bahawa keadaan cucunya ketika ditemui agak parah.

Kedua-dua tangan cucunya itu melecur teruk dan berdarah, bahagian muka pula terluka dan menurutnya bahagian yang paling parah adalah di bahagian leher, bahu kiri serta dada.

Fon kepala dan plug elektrik telah hancur manakala tilamnya pula berlubang dan penuh dengan kesan darah.

Tiang konkrit di rumahnya serta telefon bimbit yang dipakainya itu juga turut dilaporkan rosak.

Tambahnya, cucunya itu sering bermain dengan telefon bimbitnya seorang diri di bilik.

Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke RSUD Panembajan Senopati Bantul bagi mendapatkan rawatan.

Keadaan mangsa dilaporkan sudah semakin pulih dan sudah boleh mula berkomunikasi.

Sumber: Tribun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.