Sokongan daripada ibubapa juga memainkan peranan penting dalam mengajar erti kehidupan tetapi tanggungjawab seorang guru yang adalah berat terutama dari segi pembentukan akhlak.
Terbaru, bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Maszlee Malik telah memuat naik sebuah posting mengenai isu seorang rakaman video mengenai seorang guru yang dipaksa merangkak.
Menurutnya, beliau merasa kecewa mengenai rakaman berkenaan kerana berpendapat kedudukan seorang guru adalah tinggi martabatnya, guru adalah pembimbing selepas ibu bapa.
”Sehingga pada awalnya saya tidak percaya, adakah ini fake news?
”Apakah yang telah terjadi dengan masyarakat kita hari ini?
”Seorang guru ialah seorang insan yang tinggi martabatnya. Kita tidak jadi siapa yang kita jadi hari ini tanpa insan bernama “guru”.
”Tidak sepatutnya kejadian seperti ini berlaku ketika kita telah masuk ke dalam tahun 2020 hari ini. Kepada semua rakan guru di luar sana, saya mohon anda semua bersabar. Kepada para ibu bapa juga saya mohon, semua untuk mengambil masa merenung dan berfikir sejenak,” katanya.
Kes berkenaan katanya perlu ditangani secara berhemah dan menyarankan ibu bapa perlu mengetepikan emosi dan berfikiran secara rasional.
”Tidak rugi jika kita mengambil sedikit masa merenung dan bersabar. Kerana di akhirnya, apa jua tindakan kita seharusnya adalah untuk satu tujuan iaitu – mendidik anak-anak kita agar menjadi manusia yang bermanfaat di masa hadapan.
”Semuanya adalah untuk agama, bangsa serta negara yang kita cintai juga,”.
Dalam perkembangan lain, SK difaham isu berkenaan sudahpun selesai selepas kedua-dua pihak bertemu untuk menjernihkan keadaan.
Sumber : Maszlee Malik