Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan menerima semula jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.
Menurut Bernama, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya telah mengesahkan perkara berkenaan.
Pada Isnin, Dr Mahathir telah mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Sebelum itu, pada hari yang sama beliau telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri susulan pergolakan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.
Tun Dr Mahathir kembali sebagai Pengerusi Bersatu - Setiausaha Agung Bersatu pic.twitter.com/nArBaaR67k
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) February 27, 2020
Sumber: Bernamaradio