Harga minyak

Harga minyak bulan Februari 2020 Petrol RON95 RON97 Diesel

Posted on

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 28 Februari 2020 jam 06:40 PM

Kerajaan baharu Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah memperkenalkan langkah penstabilan harga minyak bagi mengawal harga jualan bahan api petrol dan diesel. Selaras dengan manifesto mereka, subsidi bagi harga minyak Petrol RON95 dan Diesel telah diperkenalkan bagi memansuhkan mekanisme pengapungan harga berdasarkan harga pasaran dunia untuk dua produk petroleum yang menjadi kegunaan harian rakyat marhaen

Memandangkan harga petroleum pasaran dunia menunjukkan trend yang kian menurun, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan melalui sidang media pada 24 Disember 2018 bahawa harga minyak akan diapungkan semula mengikut harga pasaran dunia secara mingguan bermula 1 Januari 2019

Kerajaan terdahulu pernah melaksanakan kaedah yang sama bermula 29 Mac 2017. Seterusnya bermula 7 Jun 2018, ianya digantikan dengan Mekanisme Harga Automatik (APM) iaitu semua harga jualan runcit produk petroleum akan ditetapkan selaras dengan pemberian subsidi kecuali petrol RON97 yang akan mengikut harga pasaran minyak dunia semasa.

Pengenalan semula mekanisme pengapungan harga secara mingguan ini dilakukan bagi membolehkan pengguna khususnya rakyat yang memerlukan untuk menikmati dengan lebih cepat perubahan harga petroleum mengikut harga pasaran dunia. Sekiranya harga pasaran dunia menurun setiap minggu, maka harga minyak runcit akan turut diturunkan.

Namun begitu sekiranya harga minyak dunia meningkat, harga petroleum akan dihadkan dan dikawal kepada RM2.20 seliter bagi RON95 dan juga RM2.18 bagi Diesel sehingga pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar dijalankan pada 2019. Ini bagi memastikan ianya selaras dengan manifesto PH dalam PRU-14 iaitu meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya golongan B40.

Susulan pengumuman rasmi di laman Facebook rasmi KPDNHEP itu, harga jualan runcit petroleum akan disemak secara berkala setiap minggu bermula 1 Januari 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.