Kemesraan pasangan lagenda, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Menerusi video terbaharu yang dimuatnaik di akaun rasmi Instagram chedetofficial, Tun Siti Hasmah dilihat memeluk suaminya dengan erat.
Apa yang mencuit hati, reaksi Tun Mahathir yang seakan malu dan meminta Tun Hasmah untuk berhenti sebelum dia membalas semula pelukan isterinya itu.
Malah, Tun Mahathir juga dilihat cuba menenangkan Tun Hasmah yang kelihatan sebak dan menangis dipercayai di atas keadaan yang berlaku dalam politik tanah air termasuk perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Moga Allah memanjangkan usia Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Amin!
Sumber: chedetofficial