Padah Tak Bagi Suami ‘Check’ ‘WhatsApp’, Isteri Kena Lempang Guna Selipar Di Muka

Posted on

Seorang suami sanggup memukul isterinya kerana tidak dibenarkan melihat kandungan perbualan di dalam aplikasi WhatsApp. Kejadian tersebut berlaku di Seputih Banyak, Lampung Tengah.

Keganasan rumah tangga itu bermula dengan pertengkaran. Suami yang cemburu dengan tingkah laku isterinya segera mengambil selipar dan memukul wajah isterinya lebam.

Suspek berusia 24 tahun itu berkata dia beremosi kerana dia tahu isterinya sering membalas mesej melalui media sosial di telefon bimbitnya dengan lelaki lain.

“Saya mahu lihat chat dia dengan lelaki lain di telefon bimbitnya. Tapi setiap kali saya minta untuk baca tak pernah diberi,” katanya.

Pada hari kejadian, dia melihat isterinya sibuk dengan telefon bimbitnya dan mesej dengan lelaki lain. Disebabkan itu suspek tidak dapat mengawal emosinya dan memukul isterinya.

Suspek juga menafikan bahawa dia sering ‘ringan tangan’ memukul isterinya. Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia marah dan memukul isteri dengan selipar.

Lelaki itu memukuli isterinya menggunakan selipar sehingga menyebabkan lebam yang teruk pada bahagian wajah.

Sumber: Tribun Lampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.