Umum mengetahui tentang kehilangan seorang kanak-kanak yang bernama Muhammad Zahiruddin Putra yang hilang sejak 10 bulan lalu. Seorang ayah yang sentiasa mendoakan agar keselamatan anaknya terjaga walaupun tidak tahu hujung pangkalnya.
Terbaharu, di laman Facebook ayah mangsa, Mohd Fauzi masih menghitung hari kerana difahamkan anaknya masih belum dijumpai hingga hari ini.
Menghitung hari … 10 bulan , 303 hari.
Tidak tahu bagaimana ingin menceritakan lagi. Dugaan demi dugaan, hanya allah sahaja maha mengetahui.
Ya Allah, aku berserah kepadamu. Ya Allah, Kembalikan anakku Muhammad Zahiruddin Putra.
Sumber: Mohd Fauzi