Musim E-Filing datang lagi!
1 Mac 2020 akan bermulanya tempoh pengisytiharan pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019.
Ada antara kita yang dah biasa buat e-Filing, tapi ada juga yang baru pertama kali nak buat e-Filing. Atau mungkin ada yang sebelum ni hantar borang secara manual dan pertama kali nak guna sistem online di EZ Hasil.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang e-Filing 2020 dan cara menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik, jom baca dan save artikel ini.
Kandungan
APAKAH E-FILING?
Buat pengetahuan semua, e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui laman web rasmi LHDN iaitu https://ez.hasil.gov.my untuk log masuk ke Sistem ezHASiL.
TARIKH MENGHANTAR BORANG CUKAI PENDAPATAN TAHUN 2020
Tarikh akhir mengemukakan Borang BE 2019 (individu yang tidak menjalankan perniagaan) adalah pada 30 April 2020.
Tetapi jika anda menggunakan e-Filing e-BE 2019 perlu dihantar selewat-lewatnya pada 15 Mei 2020.
BAGAIMANA PROSES SISTEM E-FILING?
Secara ringkasnya, sistem ini boleh diisi oleh anda yang pernah berdaftar ataupun pertama kali menggunakannya.
i) Bagi Pembayar Cukai yang TELAH mendaftar Sijil Digital:
- Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
- Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
- Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki.
- Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
- Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
ii) Bagi Pembayar Cukai yang BELUM mendaftar Sijil Digital:
- Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Permohonan nombor PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH).
Perlu disertakan:
i. Borang CP55B yang lengkap diisi.
ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.
E-FILING 2020: CARA MENGISI BORANG E-BE 2019
Berikut adalah panduan mengisi Borang e-BE 2019 oleh #FriendsofHASiL terutama buat yang pertama kali mengisi.
Bagi yang pernah mengisi, terdapat beberapa perkara baru yang dilabel “NEW” menunjukkan item pindaan / baharu bagi e-BE 2019 berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Kredit Infografik: Friends Of Hasil
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan dan bantuan berkaitan atau apa-apa kemusykilan tentang cukai pendapatan, hubungi pihak LHDN di saluran berikut:
• Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000
• Faks ke nombor : 03-4289 3400
• E-mel: callcentre@hasil.gov.my
• Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.
Semoga ianya bermanfaat.