(Video) Covid-19: Doktor Di Amerika Saran Cuci Telefon Macam Cuci Tangan

Posted on

Doktor di Amerika Syarikat menyarankan orang ramai untuk membersihkan permukaan telefon pintar sekerap yang mungkin, seperti membersihkan tangan, bagi mengekang penyebaran virus Covid-19.

Menurut Daily Mail, saranan berkenaan dibuat oleh doktor dalam sebuah rancangan Good Morning America, dimana Pusat Penyelarasan Coronavirus telah menyediakan beberapa orang pakar untuk menjawab secara langsung persoalan diajukan oleh penonton.

Salah seorang doktor dalam rancangan tersebut mendakwa telefon bimbit boleh ‘dihuni’ ribuan kuman dan kegagalan untuk membersihkannya boleh menjejaskan efek mencuci tangan.

”Sekerap mana anda membersihkan tangan, perkara yang sama juga perlu dilakukan terhadap telefon bimbit anda kerana ia sebenarnya amat kotor,” kata doktor tersebut yang menyarankan permukaan depan dan belakang telefon dibersihkan dengan baik.

Manakala koresponden ABC News Chief Medical, Dr. Jennifer Ashton juga membuat saranan yang sama dan menambah orang ramai turut perlu membersihkan komputer dan pen yang digunakan setiap hari.

Kedua-duanya menyarankan orang ramai memilih alcohol wipe yang boleh membasmi sehingga 99 peratus kuman.

Kebimbangan tersebut muncul setelah wujud dakwaan yang mengatakan virus Covid-19 boleh bertahan pada permukaan objek sehingga 2 minggu.

Walaupun dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan, namun Dr. Jennifer berkata ia masuk akal untuk orang awam mengambil langkah berjaga-jaga.

Sumber: Dailymail UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.