Itali, 8 Mac – Itali dilaporkan mula mengenakan kuarantin ke atas 16 juta penduduk negara berkenaan bagi mengekang wabak COVID-19.
Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte telah mengeluarkan perintah berkurung ke atas satu pertiga daripada rakyat negara itu khususnya di utara negara berkenaan bagi mengawal penularan virus itu, lapor Independent.
Menurut Al-Jazeera, usaha itu dilaksanakan susulan peningkatan sebanyak 1,247 kes dalam tempoh 24 jam semalam.
Seramai 233 orang telah terkorban di Itali akibat virus tersebut.
Sehingga kini, sebanyak lebih 106,000 kes dicatatkan dengan 3,600 kematian di seluruh dunia akibat COVID-19.
Sumber: Independent, Al-Jazeera