Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi perkongsian di laman Twitter mengesahkan bahawa terdapat 18 kes terbaharu yang dilaporkan di Malaysia.
Kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan adalah 117 kes setakat ini termasuk dua kes dalam ICU.
Kes ini merupakan gelombang kedua dan hanya enam mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
#COVIDー19 18 kes baru dilaporkan di Malaysia, 9 Mac 2020.
Jumlah keseluruhan 117 kes setakat ini termasuk 2 kes dalam ICU.
Kes gelombang kedua, hanya 6 mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
Kenyataan penuh KKM menyusul.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 9, 2020
Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai status terkini kes Covid-19 di Malaysia.
Situasi semasa #COVIDー19 di Malaysia, 9 Mac 2020.
1. 18 kes baru menjadikan 117 kes keseluruhan setakat ini.
2. Kes ke-101 mempunyai sejarah perjalanan ke Iran.
3. Dua kes masih dalam ICU.
4. Enam kes dari gelombang kedua, 6 mempunyai sejarah perjalanan luar negara. pic.twitter.com/6kXprd468U
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 9, 2020
Sumber: KKM