Seorang kanak-kanak tiga tahun maut selepas ‘dibuang’ dari trampolin kembung ketika ia meletup di bawahnya. Inkues kematiannya didengar semalam.
Kanak-kanak itu berada di pantai di Gorleston, Norfolk bersama ibu bapanya, datuk, nenek dan rakan keluarga ketika kejadian berlaku pada 1 Julai 2018.
Inkues itu mendedahkan bahawa ibu saudaranya yang berusia 23 tahun membawa kanak-kanak itu ke Bounce About di mana dia mendengar bunyi ‘bang’ yang kuat selepas mencari kanak-kanak itu dalam masa singkat.
Dia kemudian melihat anak saudara perempuannya ‘melambung’ melalui udara dengan Beth menyatakan bahawa gadis itu dilemparkan setinggi 20 kaki ke langit.
Kanak-kanak itu mendarat di sebelah kanan wajahnya dan kemudian meninggal akibat kecederaan kepala yang teruk .
Ibu saudara kanak-kanak itu memberitahu mahkamah koroner Norfolk bagaimana trampolin biru itu mengembung dengan sangat tinggi dengan sisi yang bulat dan penuh udara.
Saksi-saksi lain menyifatkan pam sebagai masih melekat pada trampolin selepas ia meletup.
Wanita itu juga menggambarkan bunyi tersebut seperti ‘seseorang telah melepaskan sebuah meriam’.
“Ia adalah suara paling kuat yang pernah saya dengar. Bunyi itu datang dari trampolin,” katanya.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital James Pagest di mana kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Sumber: Metro.UK