Ekoran daripada penularan wabak koronavirus (COVID-19) yang kini melanda seluruh dunia, pelbagai cara pencegahan diambil oleh semua pihak. Antaranya adalah dengan amalan mencuci tangan atau menggunakan hand sanitiser.
Namun tahukah anda, terdapat perbezaan yang cukup ketara antara amalan mencuci tangan menggunakan hand sanitiser dengan mencuci tangan menggunakan sabun dalam tempoh masa tertentu?
Memetik hantaran oleh Business Insider, anda dinasihatkan untuk mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 hingga 30 saat, termasuk menggosok tapak dan belakang tangan.
Satu foto imej UV menunjukkan perbezaan antara mereka yang mencuci tangan dengan sabun dalam tempoh masa tertentu. Warna putih menunjukkan kesan kotoran yang masih tinggal pada telapak tangan.
Selain itu, terdapat perbezaan juga antara membasuh tangan dengan sabun dan juga menggunakan pencuci tangan beralkohol ataupun hand sanitiser.
Walaupun hand sanitiser dilihat berkesan menghapuskan kesan kotoran pada tangan, amalan mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat dilihat lebih berkesan mencuci kotoran pada telapak tangan.
Jadi bayangkan lah jika anda tidak mencuci tangan dan memegang pelbagai objek seperti pintu tandas, pemegang eskalator dan banyak lagi harta benda awam lain?
Jangan lupa mencuci tangan dengan air dan sabun ok?