Seorang ibu telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mencium kanak-kanak selepas bayinya dijangkiti herpes yang mengancam nyawa daripada seseorang yang mempunyai selesema.
Bayi lelaki yang berusia enam bulan itu jatuh sakit kerana virus itu dan masih menjalani ujian untuk memastikan pendengarannya tidak rosak secara kekal.
“Tidak seorang pun boleh percaya bahawa ini boleh terjadi hanya dari ciuman. Tetapi ia berlaku,” kata ibu yang berusia 32 tahun itu.
Wanita itu pertama kali melihat kulit anaknya dan dalam masa beberapa jam wajahnya diliputi oleh luka merah yang menyakitkan.
Bayinya yang sememangnya mengalami masalah dermatitis kulit menderita kesakitan dan terus dibawa ke hospital.
“Ia kelihatan seperti jangkitan tetapi semua ‘lepuh’ muncul dan terdapat nanah.
“Ia kelihatan sangat buruk dan kami tidak tahu apa itu. Ia ‘mengambil alih’ separuh dari mukanya.
“Saya fikir ia hanya jangkitan biasa pada mulanya tetapi apabila saya mendapati dia telah diuji positif dijangkiti herpes, saya tidak percaya ia telah bermula dari ciuman.
“Saya sangat terkejut apabila doktor memberitahu saya ia mungkin membawa maut.
“Saya tidak tahu siapa yang telah menciumnya dan bila,” katanya.
Bayi itu pada awalnya dikeluarkan dan diberi krim antibakteria. Dia menghabiskan masa tujuh hari di rumah namun keluarga itu melawat ahli dermatologi yang mendiagnosis Herpes Simplex Virus.
Selepas diagnosis, anak muda itu diberikan ubat antivirus selama 10 hari dan antibiotik dan luka baru sahaja mula sembuh sebulan kemudian.
Virus herpes amat berbahaya bagi bayi yang berusia di bawah enam bulan kerana sistem imun mereka masih berkembang dan sepertiga bayi yang mempunyai virus itu tidak dapat bertahan untuk hidup.
Sumber: Metro.Uk