Thailand melaporkan 32 kes koronavirus baharu pada hari ini yang membawa jumlah jangkitan di negara itu kepada 114 orang.
Menurut pegawai kesihatan, ia merupakan kes terbesar harian di Thailand yang merupakan salah satu negara pertama di luar China yang melaporkan kes jangkitan yang telah melanda kebanyakan negara di dunia.
Bangkok Post semalam melaporkan bahawa terdapat tujuh kes koronavirus tempatan yang memperlihatkan peningkatan kepada 82 kes.
Portal itu juga melaporkan seorang pelakon Thailand yang berusia 41 tahun disahkan positif COVID-19.
Sumber: Bangkok Post