Covid-19: Pesan barang tak sampai

Posted on

TIGA individu di Kedah membuat laporan polis berhubung penipuan penjualan penutup mulut dan hidung di media sosial membabitkan kerugian RM15,000, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, daripada jumlah tiga kes itu, dua daripadanya dilaporkan di Alor Setar dan satu kes lagi di Sungai Petani.

“Ketiga-tiga mangsa berusia 30-an itu dan terdiri daripada kerani dan peniaga membuat laporan polis selepas berasa ditipu.

“Mereka mendakwa barang yang dipesan tidak sampai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di Alor Setar, semalam.

Elias berkata, polis sedang mengesan syarikat pembekal terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.