Warga Malaysia Tak Dibenarkan Berulang-Alik Ke Singapura & Thailand Bermula Esok Hingga 31 Mac – KP Imigresen

Posted on

Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand tidak dapat berulang-alik ke negara berkenaan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan selama dua minggu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud.

Memetik sumber, beliau mengesahkan perkara tersebut kepada Malay Mail pada Selasa ketika dihubungi mengenai implikasi perlaksanaan perintah kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

”PM telah mengumumkan perkara ini malam tadi. Jadi, Jabatan Imigresen akan melaksanakan keputusan itu.

”Bermula esok, semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand akan dilarang untuk berulang-alik ke negara berkenaan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara bermula esok sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: today online

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.