Zizi Kirana Paranoid Dengan COVID-19

Posted on

Susulan peningkatan kes COVID-19, Zizi Kirana mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti di khalayak ramai. Malah, Zizi turut menangguhkan segala jadual promosi serta persembahan awamnya sehingga April.

Menurut Zizi, dia akui bimbang dengan penularan wabak membawa maut itu yang mungkin merisikokan dirinya terdedah dengan jangkitan. Kata Zizi lagi, dia turut berasa serba salah untuk bersalaman dengan orang ramai.

“Untuk dua bulan ini, saya putuskan untuk tidak membuat sebarang promosi dan persembahan terutama yang membabitkan khalayak awam. Syukur, penganjur juga mengambil langkah itu, justeru banyak jemputan tawaran ditunda.

“Saya tidak menafikan agak paranoid juga apabila situasi wabak Covid-19 semakin membimbangkan. Nak bersalam pun serba-salah dan untuk keluar ke khalayak ramai juga ragu-ragu,” katanya kepada Harian Metro.

Meskipun segala jadual persembahan ditangguhkan, Zizi tidak merasa ralat kerana baginya ada hikmah disebalik situasi tersebut kerana dia ada masa untuk berehat. Dalam pada itu, Zizi terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke Sabah buat sementara waktu susulan keadaan negara yang tidak mengizinkan.

“Sebenarnya saya teringin pulang ke Sabah berjumpa keluarga dan menenangkan fikiran. Tapi saya jadi risau pula dengan keadaan sekarang bahkan mahu ke lapangan terbang pun saya ragu-ragu,” katanya.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.