Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu tweet sebentar tadi memaklumkan sebanyak 117 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat 18 Mac.
Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 790 kes.
80 daripada kes baru berkenaan dikaitkan dengan kluster kes perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling. Jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 kes.
Manakala sebanyak 11 pesakit lagi telah pulih menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh meningkat kepada 60 pesakit.
Sebanyak 15 pesakit pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
TERKINI: 117 kes baru #COVID19 di Malaysia menjadikan 790 kes, 18 Mac 2020.
11 lagi telah pulih menjadikan 60 pesakit telah pulih dan discaj.
80 daripada kes baru yang dilaporkan hari ini berkait kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.
Kenyataan penuh menyusul.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 18, 2020
Situasi terkini #COVID19 di Malaysia setakat 18 March 2020, 12 tengah hari : 117 kes baru dilaporkan hari menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 790 kes. Dari 117 kes, jemaah tabligh terlibat adalah 80 dan jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 kes. pic.twitter.com/BkIa08nNuR
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 18, 2020
TERKINI: 15 pesakit positif #COVID19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan #COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. #StayAtHome.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 18, 2020
Sumber: KKM