Covid-19: Singapura Batalkan Bazaar Ramadhan Dan Aidilfitri

Posted on

Bazaar Ramadan yang popular di Singapura iaitu Bazaar Di Geylang Serai, Woodland tidak akan beroperasi seperti tahun yang lepas sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan Persatuan Rakyat (PA) berkata mereka tidak akan menganjurkan apa-apa jenis bazaar perayaan serta pameran perdagangan yang berkuat kuasa ada 18 Mac lalu.

Larangan Pergerakan: Peniaga, Penjaja Makanan Tambah Nilai Perkhidmatan

Walaupun penduduk berasa kecewa dengan bazaar tersebut sering menyumbang pada suasana perayaan, tambah PA lagi.

Katanya, pihak penganjur akan mematuhi klausa pembatalan dan menjaga keselamatan para tender yang sudah menempah tapak perniagaan.

Untuk pameran perdagangan yang telah berlalu dan sedang diadakan, langkah-langkah pencegahan tambahan seperti pengambilan suhu badan dan menyediakan sanitizer kepada pengunjung.

Pada 13 Mac lalu, pihak Kementerian Kesihatan Singapura telah mengeluarkan nasihat untuk orang awam menangguhkan atau membatalkan segala aktiviti dan perhimpunan yang tidak penting memandangkan gejala virus Covid-19 yang kian berleluasa ini.

Sumber: Singapore Today

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.