‘Mask’ Tidak Mencukupi, Rakyat Filipina Terpaksa Gunakan Tuala Wanita

Posted on

Disaat gelombang kedua penularan wabak Covid-19 ini, hand sanitizer dan juga penutup mulut adalah antara barang yang wajib dimiliki oleh setiap individu ketika ini. Namun, dua barang berharga ketika ini sering kali kehabisan dan dijual dengan harga yang sangat tinggi berbanding dengan sebelum ini.

Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan dengan meraih keuntungan menjual dua barangan ini dengan harga yang tidak masuk akal. Sehinggakan sesetengah golongan tidak mampu membelinya dan melakukan inisiatif sendiri untuk bertahan hidup disaat penularan Covid-19 ini.

BACA : Tutorial Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

Di Filipina, terdapat segelintir golongan di sana terpaksa menggunakan tuala wanita sebagai ganti kepada penutup mulut. Disebabkan kekurangan bekalan penutup mulut di pasaran, ini adalah salah satu cara untuk menyelamatkan diri dari terdedah dengan wabak Covid-19.

Walaupun perkara ini agak lucu dan diketawakan oleh orang lain, sesetengah golongan ini tiada pilihan selain menggunakan tuala wanita walaupun ia kelihatan amat mengarut.

Diruangan komen pula, rakyat Filipina kini menyeru agar mereka semua diseru untuk menolong diantara satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri disaat-saat getir ini. Malah, mereka juga berharap agar orang ramai yang mempunyai banyak bekalan penutup mulut akan berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

Sumber: Twitter.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.