Bapa Kritikal Di ICU, Anak Pesakit Covid-19 Hiba Tak Dapat Tengok Ayah Langsung

Posted on

Penularan wabak Covid-19 di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 110 kes baharu dilaporkan setakat hari ini.

Manakala sehingga semalam, 15 pesakit dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Anak salah seorang mangsa yang berada di ICU, Syahira Idris, tampil berkongsi perasaan sedih mereka sekeluarga yang terpaksa berdepan dengan situasi tersebut.

Hancurnya hati apabila dia bersama ibu serta adik-beradik yang lain tidak dapat menziarahi ayahnya yang kini dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa.

BACA : Rekod CCRIS Saya ‘Clear’, Kenapa Bank Tetap Tak Nak Bagi Pembiayaan?

Mereka yang sedang dikuarantin hanya mampu mendoakan kesembuhan ayahnya dari jauh tanpa boleh melihat apatah lagi menyentuh insan yang paling disayangi. Sebak!

Menurut Syahira, ayahnya tidak menyertai sebarang perhimpuan dan dijangkiti oleh individu yang disahkan positif Covid-19.

Pada mulanya, ayahnya telah melakukan pemeriksaan dan berada dalam keadaan baik.

Namun pada Rabu malam, secara tiba-tiba keadaan bertambah teruk sehingga doktor terpaksa melakukan intubasi bagi menyelamatkan ayahnya.

Wabak merebak cepat, tolong duduk di rumah!

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut mendoakan supaya Allah memberikan kesembuhan kepada ayahnya.

Tabah dan kuatkan semangat

Semoga Allah selamatkan kita semua dari bencana ini

Sumber: syahiraidris

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.