Biru Atau Putih Di Luar? Keliru Bila Nak Pakai Topeng Muka, Baca Penjelasan Jururawat Ini

Posted on

Tubuh badan yang sihat adalah satu anugerah yang tidak ternilai buat mana- mana individu. Dengan badan yang sihat, banyak perkara boleh dilakukan. Keluar mencari rezeki, berhibur ataupun melancong.

Maka tidak hairanlah, orang ramai berlumba-lumba untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan badan yang sihat ini termasuklah bergantung pada produk- produk tertentu yang tidak sahih. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kekurangan ilmu ataupun salah faham seseorang.

Macam info yang dikongsikan oleh seorang jururawat yang dikenali sebagai Bel Nawhen ini mengenai salah faham penggunaan topeng muka. Salah faham yang wujud adalah mengenai posisi kedudukan kawasan berwarna pada topeng sewaktu dipakai.

Nak tahu apakah salah faham tersebut dan kedudukan sebenar bahagian bewarna pada topeng ketika dipakai? Jom baca perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Saya baca post ini di satu page dimana dikatakan bahagian berwarna itu fungsinya berbeza jika orang sekeliling demam dimana perlu dipakai di bahagian dalam yang mana ia adalah SALAH.

Ok, mari saya kenalkan tentang mask a.k.a topeng muka ini, fungsi dan cara pemakaian yang betul.

I. Mask ini dinamakan sebagai Surgical mask. Kebiasaannya dipakai oleh petugas kesihatan bagi melindungi mereka dari potensi mendapat jangkitan silang melalui pernafasan, titisan air dari pesakit ataupun sekeliling.

2. Lapisan luar mask ni bersifat hydrophobic iaitu water repellent yang bermaksud lapisan diluar itu tidak menyerap air. Lapisan dalam pula bersifat hydrophilic yang menyerap air kerana udara yang keluar dari paru -paru manusia ini bersifat tepu dengan wap air.

3. Makna dia dalam bahasa paling mudah, anda pakai mask nak elak perlekatan serta persinggahan sementara ala Lagu Ekamatra oleh mikroorganisma yang boleh membawa penyakit melalui udara atau wap air dari menjangkiti anda. Fungsi warna biru/hijau diluar itu nak elak mudah dilekati atau dihinggapi oleh mana-mana kumanlah senang kira.

4. Jadi kalau anda pakai mask terbalik macam diberitahu oleh admin ni, wap air kat udara akan melekat kat lapisan putih yang mudah menyerap air tu. Maka, bila mudah sangat melekat wap air, debu atau cairan maka kuman pun melekat berseronok dan berpestalah kat situ.

5. Bila dia dah melekat, berpesta, anda bernafas pakai mask tu, maka kuman akan transfer dari bahagian luar dan disedut oleh setiap hembusan nafas anda, kuman pun meluncur Laju masuk ke dlaam paru-paru dan membiak dengan jayanya disana. Senang cerita, admin ni nak galak anda berkongsi penyakitlah kiranya bersama orang yang mendapat penyakit gara-gara tips beramal yang salah diajar kepada anda.

6. Fungsi mask ni mudah, nak elak kuman dari masuk melalui mask (bahagian luar) serta tidak memberi peluang kuman sedia ada dari anda untuk keluar dari mask (bahagian dalam).

7. Anda perlu tahu, mask ini pula tidak mampu menapis untuk menyaring partikel mikroorganisma yang sangat kecil seperti Tuberkulosis (TIBI) mahupun influenza sebab tu kita ada sejenis mask lagi iaitu N95 mask.

8. Cara pakai yang betul

  • Mask MESTI menutupi hidung dan mulut anda sepenuhnya. Bukannya pakai bawah hidung, bawah leher, atas kepala ala-ala nak melawa.
  • Bahagian bermetalic strip mesti letaknya diatas untuk tujuan memberi kekemasan yang lebih dibagian hidung mengikut tahap kemancungan atau tidak hidung anda.
  • Mask seperti ini hanya single use sahaja. Tak perlu basuh, atau pakai hingga sudah tidak nampak rupa mask lagi.
  • Untuk menanggalkan mask, pastikan bahagian dalam dilipat keluar sebelum membuang mask anda. Selalunya jika dihospital, mask yang telah digunakan akan dibuang didalam tong berwarna kuning. Jika anda dirumah, seeloknya didalam tong yang bertutup atau anda balut didalam plastik sebelum membuang mask anda.
  • Pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas memakai mahupun membuang mask. Semoga info ini memberi anda manfaat dan pastikan sebarang maklumat yang anda dapat adalah dari sumber yang sahih.

#BelNawhen

#JururawatAnda

Sumber: Bel Nawhen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.