Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital, Sebabkan Pesakit Dijangkiti COVID-19

Posted on

Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital, Sebabkan Pesakit Dijangkiti COVID-19 | Seorang lelaki mendakwa bapanya yang sedang dirawat di hospital kerana kanser paru-paru kini positif COVID-19 setelah jemaah Ijtima’ Tabligh yang sedang dikuarantin telah melawat katil ayahnya untuk berdakwah.

Melalui fungsi IG Story, lelaki bernama Muhaimin Mazlan mendakwa terkilan dengan sikap jemaah Tabligh yang tidak menghiraukan keselamatan orang lain dengan mengabaikan peraturan kuarantin, sedangkan bapanya sudah dua bulan terlantar di hospital dan tidak pernah keluar.

Muhaimin juga meminta jemaah Tabligh berhenti menggunakan agama dan berpura-pura mengambil berat keadaan pesakit.

Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital

Aku mempunyai seorang ayah yang sedang dirawat di hospital kerana kanser paru-paru. Ayah aku sudah dua bulan di hospital. Aku sangat terkilan dengan sikap para Tabligh yang membuat pemeriksaan di hospital.

Mereka merayau-rayau di dalam semua wad. Menghampiri semua pesakit sedangkan mereka sedang di kuarantin kerana coronavirus atau sedang menunggu keputusan.

Beramai-ramai datang dari katil ke katil. Sekarang ayah aku disahkan positif coronavirus sedangkan ayah aku sudah dua bulan terlantar di hospital. Kami adik-beradik tiada simptom demam dan sebagainya bahkan tiada antara kami yang menyertai perhimpunan atau ke luar negara.

Bagaimana ayah aku boleh dapat virus corona?

Di sini aku nak minta tolong kepada semua pihak berkuasa. Jangan kerana orang menggunakan agama maka semua tindakan mereka betul.

Paksa mereka ikut peraturan hospital. Kalau tiada urusan, suruh mereka balik. Bukannya dibiarkan merayau-rayau dari katil ke katil memberi ceramah. Kalau mereka sakit. Suruh mereka baring diam-diam atas katil masing-masing.

Bukan merayau ke merata katil. Kata doktor pesakit kanser sukar untuk sembuh jika terkena virus corona. Aku tengok dari jauh betapa seksa ayah aku nak menelan makanan. Kami adik-beradik sudah tidak dibenarkan menghampiri ayah aku.

Tabligh berhenti menggunakan agama. Kami semua sudah penat melihat kamu merayau dalam wad dan pura-pura ambil berat. Ada juga Tabligh ya, ambil makanan ayah aku. Tolonglah berhenti memberi ceramah di hospital.

Kamu disyaki pembawa virus. Jauhi semua pesakit. Nurse pun sudah ada yang sakit.
Tolong share sehingga pihak kerajaan ambil tindakan.

Muhaimin Mazlan dari tepi dinding hospital.

Nampaknya apa yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku di Korea Selatan apabila seorang wanita yang merupakan ahli gereja kultus Shincheonji datang dari ke katil ke katil untuk berceramah menyebabkan semua pesakit dalam wad termaksud doktor dijangkiti COVID-19.

Wanita itu bersama beberapa lain kini sudah didakwa di mahkamah kerana enggan dikuarantin dan pertuduhan membunuh dengan niat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.